PENGENALAN
PENGENALAN
Jabatan Perdagangan telah diwujudkan seiring dengan penubuhan Politeknik Merlimau pada tahun 2002. Kewujudan Jabatan Perdagangan dapat menyokong aspirasi dan matlamat Politeknik untuk melahirkan tenaga separa professional yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perakaunan, pemasaran dan pengajian perniagaan yang boleh diserapkan ke dalam pelbagai industri. Staf akademik Jabatan ini terdiri dari pensyarah-pensyarah yang berkelulusan dalam pelbagai bidang seperti perakaunan, kewangan, pengurusan perniagaan, pemasaran dan lain-lain yang mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan pendidikan.
OBJEKTIF
Menyediakan Pendidikan dan latihan yang berkualiti dalam bidang ilmu perakaunan, pemasaran dan pengajian perniagaan bagi memenuhi keperluan industri dan pembangunan negara.
MATLAMAT
Melengkapkan pelajar dengan pengetahuan yang menyeluruh berkaitan bidang perakaunan, pemasaran dan pengajian perniagaan di samping menerapkan nilai-nilai murni ke arah pembentukan masyarakat berilmu, berakhlak, berdisplin, bertoleransi dan berdaya saing. Jabatan Perdagangan juga komited dalam menyediakan pelajar yang mahir dalam mengaplikasikan pengetahuan teori dan praktis selari dengan kehendak industri sebagai menyokong wawasan dan aspirasi negara dalam usaha mencapai status negara maju.
PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
slik klik subhalaman